Perubatan Melayu

Perubatan Melayu ialah ilmu perubatan yang diamalkan oleh bangsa Melayu di Nusantara Melayu sejak dahulu kala.[1] Kewujudan sistem Perubatan Melayu adalah berdasarkan bukti dokumentasi perubatan Melayu yang diperolehi daripada manuskrip Bustan al-Salatin pada Bab ke-7 fasal ke-3, Ilmu Tashrih (anatomi tubuh manusia) dan Ilmu Tibb (ilmu perubatan), karya Sheikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1638 masihi di Acheh Darussalam. Berdasarkan manuskrip tersebut dapatlah diketahui bahawa aliran perubatan Melayu adalah Greek- Arab - Melayu.